Sabtu, 15 September 2012

Jangan Kau Usik Bara Dalam Api

Assalammualaikum

Mari kita panaskan malam ini dengan malam reformasi baru-baru ini kita di kejutkan dengan malam demokrasi sebenarnya malam itu dianjurkan khas untuk suka-suka dan santai-santai tetapi ada lah beberapa kerat orang yang di upah untuk membuat provokasi. Dan ada pulak parti yang mengatakan kan parti yang berhaluan kiri ini ingin menukar bendera Malaysia jika parti berhaluan kiri ini memerintah negara kelakar sungguh politik yang dimain kan oleh parti yang sedang memerintah negara sekarang ini.
 jika tuan-tuan tengok video ini.... tuan-tuan ada dengar penganjur kata ok selepas ini kita akan pijak gambar perdana menteri ada??? tiada. Sebaliknya penganjur mengadakan aktiviti yang sihat seperti membaca puisi dan selepas itu terus bersurai. Tetapi sebaliknya mat-mat rempit mengacau perhimpunan tersebut membuat bising dan membuat pengikut-pengikut himpunan janji bersih marah. itu pasal himpunan janji bersih

Ini pula cerita pasa bersih 3.0

 Saya tahu polis menjalankan tugas tetapi haruskah mengacau aktivis-aktivis bersih sehingga membuat aktivis begitu marah sehingga tidak menghormati kamu? kita hidup di dunia ini harus ada penghormatan daripada masyarakat bukan hidup hanya tahu membuat masyarakat marah dan menyampah dengan badan beruniform kamu. kamu pukul aktivis seperti kamu memukul banduan padahal kita sama-sama melayu kita sama-sama beragama islam kita mempunyai adab tetapi dimanakah kamu meletakkan adab kamu sebagai seorang islam.Orang islam amat mementing kan adab dan kebersihan jangan kamu ingat kamu memakai pakaian  berperisai kamu boleh buat apa sahaja kekejaman terhadap rakyat

                                                                                                                                                                        orang yang sudah tua ini kamu tidak hormati macam mana masyarakat ingin menghormati kamu....
jika presiden ini sebagai ayah kamu atau ibu kamu sanggupkah kamu melakukan kekejaman sebegini? melempar beliau dengan gas pemedih mata dan menyimbah beliau dengan air water canon adakah jika ini yang berlaku kepada ibu bapa kamu,Apakah perasaan kamu? Adakah kamu tidak marah?, setiap manusia yang diciptakan oleh allah mempunyai perasan marah tipu jika kita tidak mempunyai perasaan marah. jika pengikut-pengikut bersih sudah marah saksikanlah apa yang berlaku..

                                          kata-kata orang tua apa yang berlaku mesti ada
                                          balasan sama ada baik atau buruk sama ada cepat
                                          atau lambat.......

sekian sahaja cerita dari saya.....

Rabu, 12 September 2012

pemimpin yang pentingkan rakyat

assalammualaikum

Hari ini saya nak bercerita tentang rakyat dan pemimpin yang berani.Seorang yang bertanggungjawab sanggup buat apa sahaja untuk sesiapa. Sama juga dengan pemimpin, seorang pemimpin yang bertanggungjawab dia akan buat apa sahaja untuk rakyat. Hanya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan zalim sahaja yang tidak pernah fikir akan rakyat.Antara pemimpin yang bertanggungjawab dan berani seperti:-





TIMBALAN PRESIDEN PAS  abangMAT SABU

DR Hatta Ramli

MURSYIDUL AM PAS  TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

  KETUA PRESIDEN PAS TUAN GURU HAJI HADI

ini dia antara pemimpin yang berani sanggup buat apa sahaja untuk rakyat mari kita bersama pemimpin untuk menentang pemerintah yang zalim dan bersama pemimpin untuk menumbangkan pemimpin yang zalim pada PRU ke 13

Selasa, 28 Ogos 2012

APA ERTI MERDEKA!!!!

assalammualaikum.....

makin hari kita makin dekat dengan hari KEMERDEKAAN.... tetapi apakah ertinya kemerdekaan? bagi anak muda, mereka fikir hari merdeka adalah hari yang mereka boleh buat apa sahaja pada waktu malam mereka melepak mereka berlumba motor mereka membuat sumbang mahram itu yang dikatakan Merdeka???


ini yang dikatakan merdeka????

berkumpul beramai-rami membuat segala perkara yang boleh  membinasakan diri sendiri.... merdeka sebenarnya adalah hari kita mengingati sejarah yang pernah melanda negara kita.... merdeka sebenarnya  adalah hari untuk kita mengingati apa yang pernah dikorbankan oleh nenek moyang kita untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi apa yang telah jadi belia atau anak muda zaman sekarang!!!! perit getir nenek moyang kita untuk menentang penjajah yang zalim kejam itu mentah-mentah dilupakan oleh anak muda zaman sekarang..... renung-renungkan lah

sekian saja cerita gua sebenarnya banyak lagi tapi kalu banyak-banyak takut korang tak larat nk baca haha



Rabu, 15 Ogos 2012

sajak untuk bulan puasa

assalammualaikum....

harinie gua nak cerite pasal puasa walaupun malam nie kira malam 7 liko itu bagi orang melayu tetapi kalau ikut islam malam nie kira antara malam terakhir  lailatul qada kalau ikut orang yang kuat imannya sedih mereka untuk meniggalkan bulan puasa kerana pintu langit terbuka luas,pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup tetapi kini ramadhan ingin meniggalkan kita rasa baru semalam jer kita bersahur untuk hari pertama puasa sekejap sungguh masa berlalu.........

sebenar nya gua nak terbitkan sajak bulan puasa yang dekat atas ni tadi intro je baru terimalah sajak gua


kau datang dan pergi
kau datang hanya sekali dalam setahun
kau telah mengembirakan hati para wali
kau membuat mereka yang lupa akan nikmat
kini ingat kepada nikmat
kau membuat mereka yang marah menjadi penyabar
kau membuat mereka yang lupa kepada tuhan                                                         kini  ingat kepada tuhan
itulah kau ramadhan
tetapi kini kau ingin meniggalkan kami
kini hilanglah segala nikmat yang ada padamu
luluh  hati setiap para wali
selamat tinggal ramadhan....

Jumaat, 3 Ogos 2012

SEJARAH PASTI BERLAKU

assalammualaikum

    gua nak cerita pasal I.S.A ada orang cakap i.s.a nie bagus tetapi siapa yang berkata begitu adalah silap kau tak tahu apa yang terjadi dengan mereka dekat dalam sana.... mereka menyuruh orang islam solat pakai seluar pendek...... mereka menyuruh tahanan kat sana tidur dalam keadaan bogel itu yang kau kata bagus mereka telah menjatuhkan maruah tahanan di sana setiap sejarah pasti berulang mungkin selepas puasa akan berlaku demonstrasi terbesar untuk tahanan isa kerana mereka rakyat kita semua rakyat itu yang gua harapkan itu juga yang rakyat harapkan...                                                                                         

                                          "dari rakyat untuk rakyat" bertajuk lagu
                                                      ISA(Ikut Suka Aku)


                                           ini yang akan dilakukan kepada
                                                           tahanan
                                                              ISA

Jumaat, 27 Julai 2012

sajak untuk pemerintah yang zalim

kau mempunyai hati yang busuk
kau tak pernah fikir akan rakyat
kau hanya fikir kesenangan di dunia
tetapi kau lupa kesusahan yang akan kau terima di akhirat...
kau sanggup membunuh mereka yang tidak bersalah
kau sanggup memfitnah kerana takut dengan bayang-bayang sendiri
kaulah pemerintah dan pentadbir yang zalim
kerana kau tak pernah adil terhadap rakyat


Rabu, 25 Julai 2012

UMNO-BN AKAN TUMBANG PADA PRU KE 13

 


assalammualaikum....

  Lama giler gua tak update blog gua dah ramai orang tanya dengan gua bila nk pilihan raya tapi gua cakap bila najib dan rosmah dah bersedia mereka akan bagitahu bilakah tarikh pilihan raya mungkin diorang nak pilih tarikh ulang tahun perkahwinan diorang kot... tapi yang penting semua orang dah menyampah dengan bn nie banyak makan duit rakyat,menipu rakyat bila sampai nya waktu habis hancur,berkecai barisan nasional..

Slogan kat atas itu akan set mind semua rakyat malaysia yang pada PRU ke 13 ini umno bn akan tumbang yang akan bangun ialah PAKATAN RAKYAT insyaallah...

 TAKBIR!!
HIDUP-HIDUP,HIDUP PAKATAN RAKYAT HANCUR-HANCUR,HANCUR UMNO-BARISAN NASIONAL



Rabu, 18 Julai 2012

sajak (aku pencari ilmu)


Aku Pencari Ilmu
Aku di lahirkan ke dunia dengan berkat kasih sayang ilahi
Aku di lahirkan ke dunia untuk memenuhi tuntutan ilahi
Aku di lahirkan ke dunia dengan satu misi
Aku di lahirkan ke dunia untuk mencari ilmu, buat pelengkap kehidupan duniawi dan ukhrawi
   
Kamu guru-guru ku petunjuk jalan dunia ku
Kamu ustaz dan ustazah ku petunjuk jalan akhirat ku
Kamu para ilmuwan dan cendekiawan petunjuk jalan hidup ku
Kamua para penyair dan pemuzik petunjuk jalan seni ku.

Dalam hidup aku meniti suria
Dalam hidup aku membatas senja
Dalam hidup aku membelah malam

Dengan petunjuk para guru, ustaz dan cendekiawan ilmu, aku meniti dunia ciptaan ilahi
Dengan petunjuk para penyair dan pemuzik, aku meniti jalan seni ku.

Aku dambakan ilmu dunia buat penghidupan ku
Aku dambakan ilmu seni buat penyeri duniaku
Aku dambakan ilmu akhirat buat meniti Siratul Mustakim.

Bantu lah aku para guru ku
Bantu lah aku para ustaz dan ustazah ku
Bantu lah aku para sahabat seni ku
Bantu lah aku mencari ilmu, kekayaan dunia dan juga akhirat

                                                      ayah saya berada dari kiri sekali
                                                      umi saya berada dari kanan sekali

NUKILAN DARIPADA AYAH GUA
(SAIFUL BAHRI)

Isnin, 16 Julai 2012

guitarist yang disenangi di MALAYSIA

assalammualaikum

gua nak cerita ada suatu hari tuu gua pegi HARDROCK CAFE dekat kuala umpur sekali abang man kidal main guitar bai gua tak jadi nak minum,gua khayal dengan sentuhan kidal dia bai mana ada pemain kidal dekat malaysia ini yang gua tahu ada dua orang jer iaitu abang joe(WINGS) dengan abang man kidal jer(LEFTHANDED) semua orang yang tengok abang man kidal main guitar semua terus head banging memang power bai abang man kidal.

menurut cerita ayah gua dia belatih guitar jer dekat satu hari abang man kidal nie orang johor time zaman 90-an ayah gua selalu tengok dia main guitar dekat fun fair dulu fun fair famous tak macam sekarang semua band yang terkenal asal nye daripada fun fair .

ayah gua time tuu belajar dekat UITM  sapa tak kenal cipoi ayah gua cerita dia pernah tidor dekat rumah abang man kidal time zaman 90-an abang man pakai guitar flying V  dye pernah dapat penghargaan daripada syarikat guitar FENDER dan diorang buat satu guitar khas untuk abang man kidal

abang man kidal berasal daripada kumpulan SEARCH selepas LEFHANDED muncul abang man kidal masuk kumpulan LEFTHANDED.. gua harap adalah pelapis abang man kidal untuk menghibur kan peminat beliau di malaysia

(WE LOVE ABANG MAN KIDAL)




ini lah station recording abang man kidal

                                          peminat setia bang man kidal

himpunan hijau ke putrajaya(kedah)

assalammualaikum

 Pada 1/6/2012 gua,ayah,angah,pakcik omar dan pakngah lan telah pergi ke KEDAH untuk bersama-sama menyokong himpunan hijau yang pertama di kedah macam -macam aktiviti menarik yang ada dekat sana seperti konvoi beramai-ramai ceramah ustaz azhar idrus, aisyah dan banyak lagi. Budak-budak kedah memang spoting, dalam hujan-hujan tuu unit amal diorang x berganjak langsung  untuk menjaga jalan, polis sampai tak perlu nak buat apa-apa lepak jer. Bendera PAS penuh dekat dalam STADUIM DARUL AMAN.Antara gambar-gambar yang gua ada:-
                                            hujan lebat tapi orang tetap ramai dekat dalam
                                                                         stadium                                                                                            
                                         pukul 5:00 ptng orang dah ramai dekat dalam stadium


                                         yang pergi bersama gua dari kiri AYAH,ANGAH,
                                         PAKNGAH LAN.


                                             begitu ramai penyokong pas sewaktu ceramah
                                                           ustaz azhar idrus

                                                    gambar terakhir gua bersama-sama
                                                               budak-budak kedah

itu sahaja gambar yang gua ada harap-harap korang gembira sewaktu membaca blog gua terima kasih gua ucapkan kerana sudi membaca blog gua yang tidak seberapa ini
assalammualaikum

Jumaat, 13 Julai 2012

siapakah amok

assalammualaikum...

nama sebenar gua ABDUL HAFIZ BIN SAIFUL BAHRI.gua berasal daripadaa keluarga yang biasa-biasa sahaja....
 salah silah keturunan gua.... :-
 abdul hafiz bin saiful bahri
 saiful bahri bin haji jaaman
 jaaman bin abu
 abu bin sapian
 sapian bin depowijoyo

walau macam mana kaya pown kita, kita tetap berasal daripada keturunan jawa jadi x kisah sebenarnya kalau orang nak panggil kita nie jawa

gua seorang yang suka kepada seni, gua suka bersajak,gua juga suka bermain guitar

gua sebenarnya begitu bersyukur sbb umi dan ayah gua x pernah melarang gua daripada bermain guitar menyanyi atau sebagainya, diorang lah selalu support gua.

gua rasa sampai disini dulu bak kata bidalan kalau ada sumur di ladang insyaallah kita berjumpa lagi

assalamualaikum....