Khamis, 30 Mei 2013

SAJAK !!!Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

"Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaan
 

jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman."


Aku pernah mendaklamasikan sajak nie sewaktu perasmian bulan bahasa kerana sajak inilah yang telah membuatkan aku menjadi seorang yang terkenal di sekolah dan dimana-mana sahaja

ini lah dye gambarnye comel tak aku hahaha
terima kasih juga aku ucapkan kepada cikgu aku
iaitu PUAN NORHAYATI AHMAD
kerana telah sudi mengcungkil bakat yang ade pada diriku ini

terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog aku sekian terima kasih 
assalammualaikum...
 

Sabtu, 19 Januari 2013

HARI SEBELUM HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENYERU SEMUA RAKYAT MALAYSIA TURUN KE HIMPUNAN TERSEBUT


KOMENTAR TUKAR TIUB
nik aziz telah bersuara
haji hadi telah bersuara
kini anwar juga bersuara

semua menjemput warga
anak semua bangsa turun
ke jalan raya pada 12 januari ini

Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan & keadilan

KUALA LUMPUR 7 Jan:  Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
“Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!” kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke HKR.
Artikel ini dipetik dari Blog Tukar Tiub

Tindakan UMNO/BN Sudah Tidak Resional Lagi

Assalammualaikum

    ayah wa digemparkan dengan berita bahawa sahabat kepada ayah wa dilanggar dan dibelasah oleh pemuda-pemuda umno dahsyat betul perangai diorang ini kan tetapi adakah pemuda-pemuda pakatan rakyat berasa gentar dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda umno? Tidak sama sekali pemuda-pemuda pakatan tidak penah takut ataupun gentar dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda umno malah pemuda-pemuda pas berasa marah dan geram diatas tindakan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda umno tersebut.. Pemuda-pemuda umno tersebut hanya berani apabila mereka berada di dalam keadaan ramai tetapi  bila mereka keseorangan mereka akan menjadi seorang yang pendiam bacul tidak berani melakukan apa-apa seperti orang yang lumpuh.

     saya menyarankan kepada semua pemuda-pemuda umno cukuplah ataupun berhentilah daripada melakukan perkara-perkara yang sedemikian selagi pemuda-pemuda pakatan rakyat boleh sabar kami sabar tetapi jangan sampai kami hilang sabar puak-puak awak ade silat.. puak-puak kami pun ade silat jangan ingat umno/bn sahaja yang kuat perkasa jangan ingat puak-puak kami disini semua nya kosong...


menggigil wakil perkasa sewaktu dipanggil
oleh abang mat sabu dan chegu bard haha

artikel ini ditulis sebelum himpunan kebangkitan rakyat 

ORANG ALIM JUGA TURUT MENYERTAI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR)


Ramai golongan UMNO, pemerhati atas pagar dan geng-geng agamawan khususnya yang tidak bersetuju dengan penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #KL112 pada 12 Januari 2013 yang lalu. Mereka menghukumkan program ini sebagai haram, merosakkan keamanan serta tidak dipersetujui oleh alim ulama' apatah lagi para Auliya' Allah swt. Namun saya pasti mereka akan pening, sepening-peningnya, apabila insan-insan yang dekat dengan Allah swt, para kekasih Allah dan orang yang paling warak serta alim dalam urusan agama juga sebenarnya turut serta turun ke himpunan kali ini. Tak percaya? Tengok ini! ^_^


Al Alim Allamah Tuan Guru Hj Salleh Musa Hafizahullah Pondok Sik (kiri)

Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Bukit Lada

Tuan Guru Hj Wahab Hassan Pondok Lanai Kedah
Syeikh Zainal Asri, Mudir Darul Hadis
Entah apa lagi dakwaan, hujah siapa yang mengharamkan PAS, mengharamkan pilihan raya, mengharamkan mengundi, mengharamkan Ulama masuk PAS, mengharamkan himpunan dan macam-macam lagi la. Pelik la saya dengan puak-puak macam ini. Kebenaran terpampang jelas depan mata kot. Saya menunggu komen daripada geng-geng "macai".

Artikel ini saya dapatkan daripada blog Orang Klawang (OK)
Selamat membaca...

Sabtu, 15 September 2012

Jangan Kau Usik Bara Dalam Api

Assalammualaikum

Mari kita panaskan malam ini dengan malam reformasi baru-baru ini kita di kejutkan dengan malam demokrasi sebenarnya malam itu dianjurkan khas untuk suka-suka dan santai-santai tetapi ada lah beberapa kerat orang yang di upah untuk membuat provokasi. Dan ada pulak parti yang mengatakan kan parti yang berhaluan kiri ini ingin menukar bendera Malaysia jika parti berhaluan kiri ini memerintah negara kelakar sungguh politik yang dimain kan oleh parti yang sedang memerintah negara sekarang ini.
 jika tuan-tuan tengok video ini.... tuan-tuan ada dengar penganjur kata ok selepas ini kita akan pijak gambar perdana menteri ada??? tiada. Sebaliknya penganjur mengadakan aktiviti yang sihat seperti membaca puisi dan selepas itu terus bersurai. Tetapi sebaliknya mat-mat rempit mengacau perhimpunan tersebut membuat bising dan membuat pengikut-pengikut himpunan janji bersih marah. itu pasal himpunan janji bersih

Ini pula cerita pasa bersih 3.0

 Saya tahu polis menjalankan tugas tetapi haruskah mengacau aktivis-aktivis bersih sehingga membuat aktivis begitu marah sehingga tidak menghormati kamu? kita hidup di dunia ini harus ada penghormatan daripada masyarakat bukan hidup hanya tahu membuat masyarakat marah dan menyampah dengan badan beruniform kamu. kamu pukul aktivis seperti kamu memukul banduan padahal kita sama-sama melayu kita sama-sama beragama islam kita mempunyai adab tetapi dimanakah kamu meletakkan adab kamu sebagai seorang islam.Orang islam amat mementing kan adab dan kebersihan jangan kamu ingat kamu memakai pakaian  berperisai kamu boleh buat apa sahaja kekejaman terhadap rakyat

                                                                                                                                                                        orang yang sudah tua ini kamu tidak hormati macam mana masyarakat ingin menghormati kamu....
jika presiden ini sebagai ayah kamu atau ibu kamu sanggupkah kamu melakukan kekejaman sebegini? melempar beliau dengan gas pemedih mata dan menyimbah beliau dengan air water canon adakah jika ini yang berlaku kepada ibu bapa kamu,Apakah perasaan kamu? Adakah kamu tidak marah?, setiap manusia yang diciptakan oleh allah mempunyai perasan marah tipu jika kita tidak mempunyai perasaan marah. jika pengikut-pengikut bersih sudah marah saksikanlah apa yang berlaku..

                                          kata-kata orang tua apa yang berlaku mesti ada
                                          balasan sama ada baik atau buruk sama ada cepat
                                          atau lambat.......

sekian sahaja cerita dari saya.....

Rabu, 12 September 2012

pemimpin yang pentingkan rakyat

assalammualaikum

Hari ini saya nak bercerita tentang rakyat dan pemimpin yang berani.Seorang yang bertanggungjawab sanggup buat apa sahaja untuk sesiapa. Sama juga dengan pemimpin, seorang pemimpin yang bertanggungjawab dia akan buat apa sahaja untuk rakyat. Hanya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan zalim sahaja yang tidak pernah fikir akan rakyat.Antara pemimpin yang bertanggungjawab dan berani seperti:-





TIMBALAN PRESIDEN PAS  abangMAT SABU

DR Hatta Ramli

MURSYIDUL AM PAS  TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

  KETUA PRESIDEN PAS TUAN GURU HAJI HADI

ini dia antara pemimpin yang berani sanggup buat apa sahaja untuk rakyat mari kita bersama pemimpin untuk menentang pemerintah yang zalim dan bersama pemimpin untuk menumbangkan pemimpin yang zalim pada PRU ke 13

Selasa, 28 Ogos 2012

APA ERTI MERDEKA!!!!

assalammualaikum.....

makin hari kita makin dekat dengan hari KEMERDEKAAN.... tetapi apakah ertinya kemerdekaan? bagi anak muda, mereka fikir hari merdeka adalah hari yang mereka boleh buat apa sahaja pada waktu malam mereka melepak mereka berlumba motor mereka membuat sumbang mahram itu yang dikatakan Merdeka???


ini yang dikatakan merdeka????

berkumpul beramai-rami membuat segala perkara yang boleh  membinasakan diri sendiri.... merdeka sebenarnya adalah hari kita mengingati sejarah yang pernah melanda negara kita.... merdeka sebenarnya  adalah hari untuk kita mengingati apa yang pernah dikorbankan oleh nenek moyang kita untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi apa yang telah jadi belia atau anak muda zaman sekarang!!!! perit getir nenek moyang kita untuk menentang penjajah yang zalim kejam itu mentah-mentah dilupakan oleh anak muda zaman sekarang..... renung-renungkan lah

sekian saja cerita gua sebenarnya banyak lagi tapi kalu banyak-banyak takut korang tak larat nk baca haha