Isnin, 28 Oktober 2013

sajak sebatang lisong

Menghisap sebatang lisong
melihat Indonesia Raya,
mendengar 130 juta rakyat,
dan di langit
dua tiga cukong mengangkang,
berak di atas kepala mereka
Matahari terbit.
Fajar tiba.
Dan aku melihat delapan juta kanak-kanak
tanpa pendidikan.
Aku bertanya,
tetapi pertanyaan-pertanyaanku
membentur meja kekuasaan yang macet,
dan papantulis-papantulis para pendidik
yang terlepas dari persoalan kehidupan.
Delapan juta kanak-kanak
menghadapi satu jalan panjang,
tanpa pilihan,
tanpa pepohonan,
tanpa dangau persinggahan,
tanpa ada bayangan ujungnya.
…………………
Menghisap udara
yang disemprot deodorant,
aku melihat sarjana-sarjana menganggur
berpeluh di jalan raya;
aku melihat wanita bunting
antri uang pensiun.
Dan di langit;
para tekhnokrat berkata :
bahwa bangsa kita adalah malas,
bahwa bangsa mesti dibangun;
mesti di-up-grade
disesuaikan dengan teknologi yang diimpor
Gunung-gunung menjulang.
Langit pesta warna di dalam senjakala
Dan aku melihat
protes-protes yang terpendam,
terhimpit di bawah tilam.
Aku bertanya,
tetapi pertanyaanku
membentur jidat penyair-penyair salon,
yang bersajak tentang anggur dan rembulan,
sementara ketidakadilan terjadi di sampingnya
dan delapan juta kanak-kanak tanpa pendidikan
termangu-mangu di kaki dewi kesenian.
Bunga-bunga bangsa tahun depan
berkunang-kunang pandang matanya,
di bawah iklan berlampu neon,
Berjuta-juta harapan ibu dan bapak
menjadi gemalau suara yang kacau,
menjadi karang di bawah muka samodra.
………………
Kita harus berhenti membeli rumus-rumus asing.
Diktat-diktat hanya boleh memberi metode,
tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan.
Kita mesti keluar ke jalan raya,
keluar ke desa-desa,
mencatat sendiri semua gejala,
dan menghayati persoalan yang nyata.
Inilah sajakku
Pamplet masa darurat.
Apakah artinya kesenian,
bila terpisah dari derita lingkungan.
Apakah artinya berpikir,
bila terpisah dari masalah kehidupan.
19 Agustus 1977
ITB Bandung
Potret Pembangunan dalam Puisi
sajak ini daripada saudara WS RENDRA

Khamis, 30 Mei 2013

SAJAK !!!Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

"Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaan
 

jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman."


Aku pernah mendaklamasikan sajak nie sewaktu perasmian bulan bahasa kerana sajak inilah yang telah membuatkan aku menjadi seorang yang terkenal di sekolah dan dimana-mana sahaja

ini lah dye gambarnye comel tak aku hahaha
terima kasih juga aku ucapkan kepada cikgu aku
iaitu PUAN NORHAYATI AHMAD
kerana telah sudi mengcungkil bakat yang ade pada diriku ini

terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog aku sekian terima kasih 
assalammualaikum...
 

Sabtu, 19 Januari 2013

HARI SEBELUM HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENYERU SEMUA RAKYAT MALAYSIA TURUN KE HIMPUNAN TERSEBUT


KOMENTAR TUKAR TIUB
nik aziz telah bersuara
haji hadi telah bersuara
kini anwar juga bersuara

semua menjemput warga
anak semua bangsa turun
ke jalan raya pada 12 januari ini

Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan & keadilan

KUALA LUMPUR 7 Jan:  Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
“Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!” kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke HKR.
Artikel ini dipetik dari Blog Tukar Tiub

Tindakan UMNO/BN Sudah Tidak Resional Lagi

Assalammualaikum

    ayah wa digemparkan dengan berita bahawa sahabat kepada ayah wa dilanggar dan dibelasah oleh pemuda-pemuda umno dahsyat betul perangai diorang ini kan tetapi adakah pemuda-pemuda pakatan rakyat berasa gentar dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda umno? Tidak sama sekali pemuda-pemuda pakatan tidak penah takut ataupun gentar dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda umno malah pemuda-pemuda pas berasa marah dan geram diatas tindakan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda umno tersebut.. Pemuda-pemuda umno tersebut hanya berani apabila mereka berada di dalam keadaan ramai tetapi  bila mereka keseorangan mereka akan menjadi seorang yang pendiam bacul tidak berani melakukan apa-apa seperti orang yang lumpuh.

     saya menyarankan kepada semua pemuda-pemuda umno cukuplah ataupun berhentilah daripada melakukan perkara-perkara yang sedemikian selagi pemuda-pemuda pakatan rakyat boleh sabar kami sabar tetapi jangan sampai kami hilang sabar puak-puak awak ade silat.. puak-puak kami pun ade silat jangan ingat umno/bn sahaja yang kuat perkasa jangan ingat puak-puak kami disini semua nya kosong...


menggigil wakil perkasa sewaktu dipanggil
oleh abang mat sabu dan chegu bard haha

artikel ini ditulis sebelum himpunan kebangkitan rakyat 

ORANG ALIM JUGA TURUT MENYERTAI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR)


Ramai golongan UMNO, pemerhati atas pagar dan geng-geng agamawan khususnya yang tidak bersetuju dengan penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #KL112 pada 12 Januari 2013 yang lalu. Mereka menghukumkan program ini sebagai haram, merosakkan keamanan serta tidak dipersetujui oleh alim ulama' apatah lagi para Auliya' Allah swt. Namun saya pasti mereka akan pening, sepening-peningnya, apabila insan-insan yang dekat dengan Allah swt, para kekasih Allah dan orang yang paling warak serta alim dalam urusan agama juga sebenarnya turut serta turun ke himpunan kali ini. Tak percaya? Tengok ini! ^_^


Al Alim Allamah Tuan Guru Hj Salleh Musa Hafizahullah Pondok Sik (kiri)

Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Bukit Lada

Tuan Guru Hj Wahab Hassan Pondok Lanai Kedah
Syeikh Zainal Asri, Mudir Darul Hadis
Entah apa lagi dakwaan, hujah siapa yang mengharamkan PAS, mengharamkan pilihan raya, mengharamkan mengundi, mengharamkan Ulama masuk PAS, mengharamkan himpunan dan macam-macam lagi la. Pelik la saya dengan puak-puak macam ini. Kebenaran terpampang jelas depan mata kot. Saya menunggu komen daripada geng-geng "macai".

Artikel ini saya dapatkan daripada blog Orang Klawang (OK)
Selamat membaca...